RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RPH Pendidikan Islam Tahun 6








RPH Pendidikan Islam Tahun 6

Persedian Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun : 6 Smart
Bilangan Murid :  26  orang
Umur : 12 Tahun
Tarikh : 18 April 2012
Masa :  30 minit
Tajuk : Adab dan Akhlak Islamiyah
Sub Tajuk :  Adab Rehlah
Hasil Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan dapat ;
a) Menyebut konsep rehlah dengan betul
b) Menyatakan tempat-tempat  yang sesuai untuk berehlah.
c) Menyatakan adab-adab berehlah
Pengetahuan Sedia ada : Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya
kebersihan dalam Islam dan pentingnya menjaga alam sekitar
Penerapan Nilai : Bersyukur, Bersih, Amanah dan Cintakan Alam Sekitar
Sumber P&P : Gambar, LCD,Lembaran kerja


Langkah/Masa
Isi Kandungan
 Aktiviti P&P
Catatan


Set Induksi (3minit )

Menunujukkan gambar kawasan rehlah seperti di tepi pantai dan kawasan air terjun yang dicemari oleh sampah sarap.

1) Murid diminta merenung gambar yang ditayangkan.
2) Murid diminta menyatakan apa yang terdapat dalam gambar yang ditayangkan
3) Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini


Kemahiran berfikir:
Reflektif
Teknik:
Sumbangsaran
BBM:
Gambar

Langkah 1
(10 minit)

Definisi Rehlah
1) Guru menerangkan konsep rehlah dan berkongsi pengalaman murid-murid ketika berehlah. Murid melihat tayangan Video berkaitan tempat-tempat yang sesuai untuk berehlah
2)Murid menyenaraikan
Tempat-tempat rehlah yang mereka ketahui. Dan juga berkongsi pengalaman ketika berada di tempat rehlah

Teknik:
Soal Jawab
BBM:
LCD

Langkah 2
(10 minit)

Adab-adab rehlah
 1) Murid-murid menyenaraikan adab-adab rehlah seperti
i. niat yang baik
ii. tempat yang sesuai dan selamat
iii.pakaian yang sopan dan menutup aurat
iv.menjaga keselamatan dan perilaku ketika berehlah seperti tidak membuang sampah merata-rata dan mematahkan tumbuh-tumbuhan sesuka hati.
2) Guru menerapkan nilai mengagungkan kebesaran dan keajaiban ciptaan Allah S.W.T disamping cintakan Alam Sekitar.
 


Langkah 3
(5  minit)

Penilaian
Guru memberi lembaran kerja kepada murid;-
i-murid menjawab soalan kefahaman mengenai adab rehlah.



Penutup
(2 minit)

Rumusan dan
Refleksi
* Islam menitik
beratkan aspek
kebersihan
* Kebersihan di tempat rehlah sangat penting demi menjaga alam sekitar daripada tercemar dan menjaga ekosistem.
* Menjaga adab-adab berehlah dapat memupuk sikap cintakan alam sekitar.


Untuk melihat RPH sila lihat  sin
Guru membuat kesimpulan
bahawa Islam menekankan
soal kebersihan dan hubungkait
kepentingan alam sekitar dalam kitaran hidup manusia.













D042636-RPH SAADAH



No comments:

Post a Comment